Friday, July 07, 2006

MELAYU OH MELAYU ( I )

Kalau ditanya, ‘siapa anda’ kepada orang Melayu, kebanyakkan akan menjawab ‘Melayu’. Betapa gah nya kita dengan bangsa kita kan. Tapi, bukan ke kita semua ni orang Malaysia atau Malaysian? Jawab sajalah ‘saya orang Malaysia.’ Tak boleh?
Inilah yang mengagihkan kita sesama Malaysian. Kalau di luar negara pandai pulak kita cari ‘orang Malaysia’. Tak kira lah, bangsa Melayu atau lain-lain..yang penting Malaysian, yang faham bila kita bercakap tentang nasi, sambal belacan dan teh tarik.

Kalau kita gah dengan bangsa kita, kenapa kita tak buat sesuatu untuk majukan bangsa kita? Tengok berapa ramai anak bangsa kita yang bersesak-sesak dalam penjara dan pusat serenti. Memang bangsa Melayu ni mempunyai peratus yang terbanyak dan tertinggi dalam negara tapi kenapa kita tak boleh jadikan faktor tu sebagai faktor untuk maju? Kalau kita ni bangsa minoriti macamana? Punya hanya peratusan yang kecil dan tidak mengecapi apa-apa faedah dari kerajaan. Kalau dengan sikap yang ada sekarang ni, aduh…tak lama pupuslah Melayu di Malaysia tapi masih belum pupus di dunia. Itupun kita dah bersyukur, konsepnya : tak apalah, asalkan ada sahaja.

Kalau kita nak komen lebih-lebih nanti kena marah dengan bangsa sendiri. Tak tegur salah, kalau tegur pun salah jugak kan? Tapi tulah Melayu, dulu pahlawan sekarang apa?
Siapa yang nak mendukung cita-cita Melayu kalau bukan orang Melayu tu sendiri?

Sedarkah kita bahawa orang Melayu dan agama Islam ni dikutuk berbakul-bakul oleh rakyat Malaysia berbangsa lain? Marah? Memang kita sebagai orang Melayu beragama Islam patut marah dengan hal ni tapi apa yang kita boleh buat supaya mereka-mereka yang mengutuk ni berhenti dari mengutuk? Mereka mengutuk orang Melayu kerana agama yang kita amalkan ini yang menyebabkan banyak perkara tidak boleh dibangunkan dan di ‘preserved’. Contohnya, dalam satu seminar yang memperkatakan tentang seni dan tarian. Mereka mengaitkan kepupusan Wayang Kulit, Mak Yong, Menora, Main Puteri, Kuda Kepang dan sebagainya dengan Islam. Pernah kata mereka kumpulan yang mempersembahkan persembahan ini di kuil-kuil kerana mereka tidak dibenarkan membuat persembahan secara terbuka. Pelbagai unsur syirik dan tahyul ada dalam persembahan terbabit, jadi takut akidah penonton terpesong. Jadi, mereka kutuk agama Islam dan orang Melayu. Dan mereka ini adalah Malaysian yang berada di rantauan.

Sakit hati? Tarik nafas panjang-panjang, istigfar dan tengok sekeliling kita. Apa kegemaran kita? Apa yang disogok oleh media kita? Nak hanyutkan bangsa Melayu tak susah. Hidangkan saja mata dan telinga orang Melayu dengan perkara-perkara hiburan dan gosip. Senang bukan? Menu mudah untuk orang Melayu dan dijamu tiap-tiap hari. Apa dah jadi ni? Tepuk dada tanya selera, ketuk kepala tanyalah minda.

No comments: