Saturday, September 23, 2006

Ramadhan Al-Mubarak

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam.


Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda;
Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.


Dari Abdullah bin Umar r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda;
Apabila Bilal memperdengarkan azan pada malam hari, makan dan minumlah sehingga kamu mendengar azan yang akan diperdengarkan oleh Ibnu Ummi Maktum.

Dari Anas r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda; Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.

Datangnya bulan Ramadhan dirai, perginya bulan Ramadhan ditangisi kerana bulan ini adalah bulan yang terbaik di antara seribu bulan.

Selamat Berpuasa kepada semua.

Malin Mustaffa & Azarimy