Wednesday, August 30, 2006

Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..!


SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA
but, are we really 'merdeka'?

Thursday, August 17, 2006

Melayu oh Melayu (II)

I got this from the Internet.

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
Tapi apakah yang kita tahu, cuma baca nak halau hantu


Interesting....

Wednesday, August 16, 2006

Sharifah Amani dengan Bahasa Melayunya

Sekali lagi dunia yang aku kerapkali labelkan sebagai dunia gosip murahan digemparkan dengan ucapan yang dianggap ofensif, kali ini oleh pelakon muda berbakat Sharifah Amani. Macam-macam blog aku baca mengutuk Amani macam tak ada penghujung. Paling kelakar sekali ialah bila masing-masing cuba membuat tafsiran songsang berasaskan Bahasa Inggeris masing-masing yang cukup-cukup makan lepas SPM.

Itupun kalau dah lepas SPM!

Apa yang diucap oleh Amani sampai begitu kontroversi sekali? Tersebutlah kisah dia telah menuturkan kata-kata bisa "I sound like stupid if I speak in Malay". Nah, bertubi-tubi akhbar harian dan tabloid menembak mati (bukan secara literal!) Amani sampai dirujuk kepada Datuk Rais Yatim.

Maka murkalah Datuk Rais Yatim. Tetapi, kalau kita baca betul-betul di dalam akhbar, Datuk Rais Yatim tak adalah begitu berang menegaskan mengenai perkara ini, tetapi lebih bersifat nasihat. Namun bila disadur dengan rempah dan rencah jurnalisme picisan, maka bau hangit pun terasa! Apabila satu dua akhbar utama buka cerita dengan nada yang sama, maka semua blog-blog malaysia bergelimpanganlah dengan penulisan-penulisan yang mengecam Amani.

Tapi kita tak sedar, sebenarnya mesej yang cuba disampaikan oleh Amani bukan soal merendahkan BM, tapi menonjolkan kelemahan dirinya sendiri. Dia tak pandai berbahasa malaysia. Dia nak guna english. Jadi apalah masalahnya? Besar sangat ke isu ni? Kenapa isu penyataan berunsur racist oleh Datuk Nazri Aziz tak ada pulak sesiapa nak komen?

Dan mengenai komennya yang terakhir mengenai mencemar budaya, kita paham ke maksud dia yang sebenar? Dia menempelak FINAS! Bukannya budaya! Tak faham? Nak kena terangkan lebih lanjutkah?

Kalau aku perlu terangkan lebih lanjut, pendek kata, maka kitalah yang perlu belajar balik apa maksud dia. Komen terakhir Amani mempunyai konteksnya tersendiri. Fahami betul-betul konteks komen tersebut dan apa hubungkaitnya dengan FINAS. Seperti yang aku katakan sebelum ini, kalau tak faham, belajar lagi.

Jangan hanya baca apa yang tertulis, tapi fahami juga apa yang tak tertulis!

Tuesday, August 08, 2006

Resepi Citarasa Melayu

Aku ada jumpa resepi baru, hasil dari pergaulan sesama rakan-rakan seperjuangan samada di dunia nyata mahupun di alam maya. Sepanjang seumur hidup aku bergaul dengan mereka, macam-macam jenis melayu yang aku jumpa. Dan macam-macam jenis fahaman yang mereka bawa di samping percubaan mereka untuk mempengaruhi aku dengan fahaman mereka itu.

Aku duduk dan fikir setelah beberapa lama, melihat pelbagai rencah dan bahan yang terbentang di atas meja. Setelah 29 tahun lebih cuba memahami kelebihan dan kelemahan bahan-bahan tersebut, akhirnya aku pun mengadun satu resepi yang dipanggil Resepi Citarasa Melayu: Menjahanamkan Orang lain.

Bahan-bahan:

1x Sumber cerita (seboleh-bolehnya tidak dapat ditentukan kesahihannya)
3x Orang melayu pembawa cerita (seeloknya berkebolehan memanaskan cerita)
9x Orang melayu tipikal
Perasaan hasad dengki secukup rasa
Sikap menokok tambah cerita (sebagai penyedap rasa)

Cara memasak:

1. Sumber cerita tadi dipanaskan terlebih dahulu. Aku suka suam-suam kuku, tapi ada orang suka yang meletup-letup. Nak bagi goreng hangus pun boleh, ikut suka masing-masing kerana tak menjejaskan rasa.

2. Uli orang melayu pembawa cerita bersama-sama dengan kebolehan masing untuk membawa cerita. Selepas sebati, bentukkan adunan orang melayu pembawa cerita tadi menjadi sebuah mangkuk yang besar. Hasilnya, tiga buah mangkuk ayun.

3. Tuangkan sumber cerita yang telah siap dipanaskan tadi ke dalam 3 buah mangkuk tadi. Biarkan seketika untuk sumber cerita itu mendap dan kekal.

4. Uli 9 orang melayu yang lain, dan bentukkan kepada mangkuk-mangkuk yang lebih kecil. Tuangkan lebihan sumber cerita tadi ke dalam mangkuk-mangkuk ayun tersebut.

5. Tambahkan perasaan hasad dengki secukup rasa. Biasanya aku letak sikit saja, tapi ada orang suka tambah pada 3 mangkuk yang besar tadi.

6. Hidangkan kepada media.



Selamat Mencuba!

Sunday, August 06, 2006

Semangat Kebangsaan vs Racism (Bhg. I)

Pertama sekali, kebangsaan yang dibincangkan di sini bukan bermaksud negara, tetapi pada konteks bangsa itu sendiri.

Jadi bila kita lihat dari aspek ini, apa beza antara kebangsaan dengan racism? Kalau di Malaysia, hampir semua orang tahu wujudnya semangat kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia. Yang melayu dengan semangat melayunya, cina dengan cina, india dengan india. Tapi bolehkan ini semua dilabel sebagai racism?

Mengorek kepada dasar negara, sedar tak sedar, sebenarnya Malaysia merupakan sebuah negara yang memupuk semangat kebangsaan. Lihat saja pada parti Barisan Nasional yang merupakan parti pemerintah Malaysia. Tiga parti komponen utama BN: UMNO, MCA dan MIC adalah parti berasaskan bangsa, bukan ideologi. Mungkin kita boleh katakan semangat kebangsaan itu sebagai satu ideologi, tetapi ia bukan satu pilihan yang boleh diambil oleh setiap rakyat Malaysia.

Bayangkan ini: sebagai seorang melayu, adalah tak sesuai untuk aku sertai parti MCA atau MIC, dan sebarang bangsa lain untuk menyertai UMNO. Kenapa tidak parti-parti ini dibentuk pada dasarnya agar boleh disertai oleh pelbagai bangsa dan agama? Apakah impak pada pembentukan parti berasaskan bangsa ini?

Melayu dengan melayu, cina dengan cina, india dengan india.

Benar, secara idealnya kita semua bersatu di bawah panji BN. Usahasama antara bangsa di dalam BN memang tiada tolok bandingnya. Jika dilihat pada faktor ini sahaja, maka memang tidak ada masalah dengan parti berasaskan bangsa. Jadi apa masalahnya?

Tambahkan NEP (Dasar Ekonomi Negara) ke dalam perkiraan ini.

Kita akan dapat lihat segregasi bangsa yang begitu ketara sekali. Melayu masih lagi didokong oleh dasar-dasar yang memanjakan mereka. Cina disekat peluangnya oleh pelbagai kuota yang cuba memberi ruang pada orang-orang melayu. India merasa bahang 'kuota untuk melayu' itu namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka membentuk minoriti yang lebih kecil.

Melayu melihat polisi dan dasar 'tolong melayu' ini sebagai satu strategi kerajaan untuk membantu orang-orang melayu, hasil dari ideologi semangat kebangsaan tadi. Tetapi, mengapa sekiranya orang-orang cina atau india mahu menggubal satu polisi untuk menguntungkan bangsa mereka, orang-orang melayu melihat ini sebagai satu ancaman terhadap mereka? Adakah polisi itu betul-betul satu ancaman, atau adakah orang melayu sebenarnya merasa insecure di sebalik pemanjaan kerajaan?

Kita akui bahawa melayu perlu dibantu. Tetapi pada dasarnya, ramai lagi rakyat Malaysia yang perlu dibantu tanpa perlu dikira bangsa atau agama. Dasar kerajaan sentiasa digubal untuk menguntungkan semua pihak. TDM mencanangkan konsep expansion of the economic pie apabila NEP diperkenalkan, tetapi mengapa melayu tak mahu rebut peluang itu?

Kalau melayu terlepas peluang, jangan salahkan orang lain. Melayu sekarang terlalu banyak dimanjakan dengan pelbagai bantuan, subsidi dan dorongan. Melayu perlu majukan diri sendiri dan berhenti mencari salah orang lain. Melayu tak maju bukan kerana bangsa mencuri peluang orang-orang melayu, tetapi bangsa lain maju kerana melayu tak reti nak cari peluang.

Pejam mata, buka hati.