Friday, July 14, 2006

2 minit Tazkirah

Membaca blog pondan-pondan yang banyak di internet mengingatkan kepada zaman undergraduate universiti dulu. Golongan pondan-pondan ini yang rata-ratanya orang Melayu beragama Islam sememangnya sudah tersasar jauh dari prinsip dan landasan hidup seorang Muslim. Tapi berkawan dengan golongan ini memang seronok kerana mereka tidak segan silu bercerita tentang apa-apa juga perkara dan kejadian yang berlaku dalam diri mereka.
Tapi tu dulu, ketika sama-sama menuntut di universiti. Mungkin walaupun agak menyimpang tetapi mereka masih mampu mengikut (ataupun ‘terpaksa’ mengikut) dengan ajaran Islam dan melakukan ibadah sebagai seorang Muslim. Tapi, bila membaca catatan dan coretan mereka di blog, ternyata kehidupan mereka kini sudah teramat jauh menyimpang dan tersasar.
Terperanjat juga apabila mengetahui bahawa askar-askar juga terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral ini dengan menjadikan golongan pondan sebagai tempat memuaskan nafsu mereka. Ada askar-askar ini yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak dan ada juga yang masih bujang, bertunang dan mempunyai kekasih hati, cuma isteri, tunang dan kekasih mereka ini tinggal jauh dari kem-kem mereka, Jelas, golongan pondan ini hanya dijadikan alat memuas nafsu mereka. Golongan ini pula dengan relahati sudi menjadi tempat pemuas nafsu askar-askar ini. Perkara ini amat jijik sekali kerana sudah jelas dalam Al-Quran bahawa hubungan sesama jenis sememangnya dilaknati Allah! Kemanakah perginya ajaran Islam yang dipupuk oleh ibu-bapa mereka sejak kecil – ajaran Islam yang diajar di sekolah oleh ustaz dan ustazah dan kesemua perkara baik yang dipelajari di universiti?
Secara terang-terang blog mereka menceritakan bagaimana hubungan sesama jenis dilakukan. Bermula dari episod berciuman sehinggalah melakukan persetubuhan luar tabii yang sememangnya menjijikkan. Tiada kalimah lain yang boleh disebut melainkan “MasyaAllah….MasyaAllah” apabila membaca setiap baris ayat yang tertulis dalam blog mereka. Ada juga yang meletakkan gambar ‘pertunangan’ mereka dengan ‘kekasih’ masing-masing (lelaki + lelaki = bertunang?). Adakah mereka sedar bahawa yang bersorak dan berpesta dengan kegagalan mereka menjadi seorang Muslim adalah orang-orang kafir dan syaitan yang sememangnya bersumpah dan berjanji untuk menyesatkan anak Adam sehingga hari Kiamat?
Allahu-Rabbi, berikan mereka ini petunjuk dan hidayah dan kepada kita yang melihat kemungkaran mereka ini agar tidak termasuk dalam golongan yang bersubahat dengan mereka.

1 comment:

AizA said...

saya suka tulisan anda.inilah melayu yg dpt kita lihat zaman skang ni.most of them tried so hard nak jaga status but still kolot like typical malay.wut i mean is, still gossip around la,jg tepi kain org etc.mutu kerja sama je.negara ttp lambat menbangun sbb org2 yg mcm ni la ;)
keep up a good work.waiting for ur entry ..cheers!!