Friday, July 07, 2006

Antara Tangan, Sudu dan Garfu

Aku teringat balik masa duduk di London dulu. Walaupun memang ramai orang Malaysia di sana, tapi kawan-kawan aku semuanya belajar di tempat lain seperti di Manchester, Loughborough, Glasgow, Aberdeen, Dublin dan sebagainya. Satu benda yang aku betul-betul seronok bila berjumpa mereka ialah secara tiba-tiba, aku rasa macam berada di Malaysia! Makanan dah tentu makanan Malaysia: roti jala, nasi lemak, kuey teow goreng, roti canai, kari... pergh! Terliur!

Ramai-ramai makan bersila, tak kira melayu, cina, india; once you're Malaysian, these things don't matter. Lepak ramai-ramai. Tak kira rambut kuning ke, kasut zara ke, baju topman ke... semua tolak tepi. Masa tu memang rasa muhibbah.

Balik Malaysia, aku kembali ke persekitaran asal. Aku jumpa melayu di kedai mamak dok tergedik-gedik menyental roti tampal dengan pisau dan garfu. Bukan sudu garfu, kerana itu boleh diterima akal lagi. Tapi pisau dengan garfu. Terkial-kial mamat tu, mungkin kerana nak jaga standard awek posh yang duduk di depannya.

Aku lepak di KLCC, memerhati gelagat melayu. Masing-masing sekarang ada gaya dan kelas tersendiri. Aku tak dapat nak pastikan samada memang betul bergaya, atau hanya superfisial sahaja. Peduliklah, aku takkan generalize mereka di sini. Tapi bila makan di KFC pun nak bersudu garfu, aku dah mula rasa janggal.

Aku lepak dengan keluarga di Muara, Pelabuhan Kelang. Aku tengok cina di meja kanan kami mengopek ketam bakar dengan penuh skil dan kecekapan. Di kiri kami, sepasang melayu cuba mengopek udang dengan sudu dan garfu. Makanan laut ni bang, memang pakai tangan aje! Peduli apa dengan kelas dan status, kalau ada cara yang lebih efisien nak lakukan sesuatu, guna!

Aku malas nak bandingkan kenapa melayu di luar sana dengan melayu di dalam. Keluarlah dari kepompong tu sekejap. Mana ada mat salleh makan sushi pakai sudu garfu. Restoran India/Pakistan di UK ni pun galakkan makan pakai tangan. Kalau kotor, cuci. Percaya sangat ke sudu dan garfu yang dipakai tu bersih? Kau cuci sendiri?

Walau protokol atau adab makan di hotel memerlukan kita pakai sudu garfu, cuba tanya balik pada diri sendiri. Yang kita nak hormat tu siapa sebenarnya? Orang yg berada di meja kita ke, di meja sebelah ke, orang yang buat peraturan ke, atau diri sendiri?

No comments: