Pertama sekali, kebangsaan yang dibincangkan di sini bukan bermaksud negara, tetapi pada konteks bangsa itu sendiri.
Jadi bila kita lihat dari aspek ini, apa beza antara kebangsaan dengan racism? Kalau di Malaysia, hampir semua orang tahu wujudnya semangat kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia. Yang melayu dengan semangat melayunya, cina dengan cina, india dengan india. Tapi bolehkan ini semua dilabel sebagai racism?
Mengorek kepada dasar negara, sedar tak sedar, sebenarnya Malaysia merupakan sebuah negara yang memupuk semangat kebangsaan. Lihat saja pada parti Barisan Nasional yang merupakan parti pemerintah Malaysia. Tiga parti komponen utama BN: UMNO, MCA dan MIC adalah parti berasaskan bangsa, bukan ideologi. Mungkin kita boleh katakan semangat kebangsaan itu sebagai satu ideologi, tetapi ia bukan satu pilihan yang boleh diambil oleh setiap rakyat Malaysia.
Bayangkan ini: sebagai seorang melayu, adalah tak sesuai untuk aku sertai parti MCA atau MIC, dan sebarang bangsa lain untuk menyertai UMNO. Kenapa tidak parti-parti ini dibentuk pada dasarnya agar boleh disertai oleh pelbagai bangsa dan agama? Apakah impak pada pembentukan parti berasaskan bangsa ini?
Melayu dengan melayu, cina dengan cina, india dengan india.
Benar, secara idealnya kita semua bersatu di bawah panji BN. Usahasama antara bangsa di dalam BN memang tiada tolok bandingnya. Jika dilihat pada faktor ini sahaja, maka memang tidak ada masalah dengan parti berasaskan bangsa. Jadi apa masalahnya?
Tambahkan NEP (Dasar Ekonomi Negara) ke dalam perkiraan ini.
Kita akan dapat lihat segregasi bangsa yang begitu ketara sekali. Melayu masih lagi didokong oleh dasar-dasar yang memanjakan mereka. Cina disekat peluangnya oleh pelbagai kuota yang cuba memberi ruang pada orang-orang melayu. India merasa bahang 'kuota untuk melayu' itu namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka membentuk minoriti yang lebih kecil.
Melayu melihat polisi dan dasar 'tolong melayu' ini sebagai satu strategi kerajaan untuk membantu orang-orang melayu, hasil dari ideologi semangat kebangsaan tadi. Tetapi, mengapa sekiranya orang-orang cina atau india mahu menggubal satu polisi untuk menguntungkan bangsa mereka, orang-orang melayu melihat ini sebagai satu ancaman terhadap mereka? Adakah polisi itu betul-betul satu ancaman, atau adakah orang melayu sebenarnya merasa insecure di sebalik pemanjaan kerajaan?
Kita akui bahawa melayu perlu dibantu. Tetapi pada dasarnya, ramai lagi rakyat Malaysia yang perlu dibantu tanpa perlu dikira bangsa atau agama. Dasar kerajaan sentiasa digubal untuk menguntungkan semua pihak. TDM mencanangkan konsep expansion of the economic pie apabila NEP diperkenalkan, tetapi mengapa melayu tak mahu rebut peluang itu?
Kalau melayu terlepas peluang, jangan salahkan orang lain. Melayu sekarang terlalu banyak dimanjakan dengan pelbagai bantuan, subsidi dan dorongan. Melayu perlu majukan diri sendiri dan berhenti mencari salah orang lain. Melayu tak maju bukan kerana bangsa mencuri peluang orang-orang melayu, tetapi bangsa lain maju kerana melayu tak reti nak cari peluang.
Pejam mata, buka hati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment