Assalamualaikum!
Blog ini ditulis khusus untuk mereka yang prihatin kepada bangsa Melayu, tidak kira di mana mereka berada. Blog ini mengandungi komen, pemerhatian dan pemahaman penulis terhadap bangsa Melayu, berdasarkan pembacaan dan pengalaman peribadi. Ia mungkin mengandungi kritikan pedas dan sindiran-sindiran tajam yang mungkin akan menyinggung perasaan sesetangah individu. Penulis akan menyentuh isu-isu berkaitan Melayu, dari budaya makan pakai tangan, transformasi jawi-rumi ketika zaman penjajahan, isu politik semasa negara hinggalah ke perihal Mawi WORLD.
Blog ini juga akan menggunakan bahasa mudah, kerap kali menggunakan slanga pasar, serta campur aduk BM-English yang ketara, beserta kesilapan ejaan yang disengajakan. Namun begitu, mesej blog ini adalah untuk menyampaikan mesej seberapa mudah dan segera agar ringkas, padat dan tidak membosankan.
Sekiranya terdapat sebarang kesilapan fakta, kenyataan atau sebarang ulasan terhadap penulisan di dalam blog ini, penulis dengan tangan terbuka mengalu-alukan komen, pembetulan atau kritikan.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya membuka medan ini.
Sunday, November 20, 2005
Subscribe to:
Posts (Atom)